![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 23 Sep 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir menyambut kedatangan YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan yang baharu pada hari ini di perkarangan Wisma Pertahanan.
Ketibaan YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah dimulakan dengan menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama, Rejimen Ranjer Diraja yang terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy bin Ithnain; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Hj Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM serta pegawai, anggota LLP ATM dan kakitangan awam yang bertugas di Kementerian Pertahanan.
Seluruh warga TUDM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas kepada YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baharu.