HARI PERTAMA MULA TUGAS PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE-18

WhatsApp Image 2024 09 24 at 133637 1 WhatsApp Image 2024 09 24 at 133637 WhatsApp Image 2024 09 24 at 133637 2
WhatsApp Image 2024 09 24 at 133638 WhatsApp Image 2024 09 24 at 133638 1 WhatsApp Image 2024 09 24 at 133638 2
WhatsApp Image 2024 09 24 at 133638 3 WhatsApp Image 2024 09 24 at 133639 WhatsApp Image 2024 09 24 at 133639 1

 

SENDAYAN, 24 Sep 24 – Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah memulakan tugas hari pertama beliau sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara ke-18.

Ketibaan Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM di Markas Pemerintahan Pendidikan & Latihan Udara telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Azman bin Taib TUDM, Pengarah Latihan MPPLU, Kol Hamidi bin Hashim TUDM dan pegawai-pegawai yang berkhidmat di MPPLU.

Terdahulu, beliau telah menerima tabik hormat serta memeriksa kawalan kuarter sebagai simbolik penghormatan mengikut tradisi ketenteraan di pintu utama Pangkalan Udara.

Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM juga turut meletakkan gambar beliau di Galeri Panglima Pendidikan dan Latihan Udara sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara ke-18. Seterusnya, beliau turut mengadakan lawatan ke setiap Cawangan MPPLU.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer