1. Menentukan keselamatan negara melalui kuasa udara yang responsif, terjamin dan berkesan. |
2. Memastikan ketersediaan capaian kepada laman web TUDM sentiasa boleh diakses ditahap 99.98%. |
2.1 Memastikan rangkaian dan sistem aplikasi mencapai tahap ketersediaan capaian tidak kurang 99.98% sepanjang tempoh waktu bekerja dalam operasi normal. 2.2 Menyelesaikan 100% insiden keselamatan ICT dalam tempoh 24 jam. 2.3 Paparan maklumat yang dipamerkan di dalam portal rasmi TUDM akan disampaikan dengan jelas dan mudah difahami. 2.4 Ucapan/Keratan Akhbar/Artikel/Publikasi di portal rasmi TUDM akan dimuat naik dalam masa 1 hari bekerja selepas acara/aktiviti berlaku. 2.5 Semua publikasi/arahan/doktrin boleh diakses dan di muat-turun di dalam portal rasmi TUDM. |
3. Menyelesaikan aduan pelanggan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja. |
3.1 Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan aduan. 3.2 Memberikan maklumbalas tentang status aduan yang diambil tindakan sama ada telah selesai atau memerlukan siasatan lanjut dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan. |