![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 23 Sep 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat Laksamana Madya Datuk Zulhelmy bin Ithnain yang diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini.
Dalam majlis ini, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain yang juga telah dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-19.
Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM.