TUDM DAN AIRBUS HELIKOPTER MALAYSIA PENGANJUR PERTAMA H225M WORKING GROUP CONFERENCE 2021 KUMPULKAN LIMA NEGARA PENGGUNA H225M

245194040 235736761931132 8645778338651938771 n 245214618 235736668597808 1426460909956291163 n 244975691 235736971931111 3847363414615402837 n
244864177 235736855264456 5869087645212562965 n 245681171 235736868597788 2860533202889766084 n 245015441 235736765264465 6019933251309401129 n
244821332 235736955264446 4054821282422614252 n 245263871 235737088597766 7879716445321848673 n 245418198 235736755264466 8006170436856585466 n
245374690 235736888597786 3234726852191653752 n 245178080 235737005264441 7003115928388790796 n 245147420 235736688597806 3739222325758086355 n
245363923 235737045264437 5530855779791484890 n 244977413 235740061930802 2955050358757762364 n 245060399 235736655264476 1784491825276155024 n
245253439 235736628597812 2309213460266879957 n 243550948 235741865263955 5509658264808690857 n 245248602 235741895263952 4888589070861540664 n

 

KUALA LUMPUR,13 Okt 21 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diberikan kepercayaan sebagai penganjur bagi H225M Working Group Conference 2021 yang julung kali diadakan bersama dengan kerjasama pihak OEM iaitu AIRBUS Helikopter Malaysia dan sebagai penaja rasmi persidangan.

H225M WGC bagi pesawat H225M ini telah diilhamkan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM semasa menghadiri persidangan Pacific Air Chiefs Symposium 2019 (PACs 19) pada 3 hingga 6 Dis 19 di Joint Base Pearl Harbor-Hickam (JBPHH) Honolulu, Hawaii bertemakan ‘A Collabration Approach to Regional Security’. Berlanjutan daripada itu, inisiatif H225M WGC ini diwujudkan bertujuan sebagai satu platform perkongsian bagi negara-negara pengguna ketenteraan bersama pihak OEM di dalam merencanakan perkara-perkara yang merangkumi aspek operasi, taktikal, senggaraan, logistik dan airworthiness pesawat di samping dapat mengeratkan lagi hubungan diplomasi sedia ada yang telah lama terjalin di antara ahli-ahli.

Sehingga kini, keanggotaan bagi H255M User Group adalah terdiri daripada penglibatan lima (5) buah negara iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai first host nation, French Air and Space Force (FASF), Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU), Republic of Singapore Air Force (RSAF) dan Royal Thai Air Force (RTAF).

H225M Working Group Conference (WGC) 2021 buat pertama kali diadakan secara hybrid iaitu secara bersemuka melibatkan TUDM dan secara maya (Video Teleconference) melibatkan keanggotaan negara luar, dengan pematuhan kepada garis panduan Standard Operating Procedure (SOP) semasa, yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organisation (WHO). Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, perasmian persidangan secara persidangan video (VTC) disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Bantuan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mejar Jeneral Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Penasihat Pertahanan dan wakil dari negara-negara pengguna H225M yang terlibat serta pihak AIRBUS Helikopter iaitu Mr Vincent Dubrule, Mr Michel Macia dan Mr Gerard Pau.

Panglima Tentera Udara di dalam ucapan perasmian menyatakan bahawa H225M WGC 2021 adalah instrumen untuk pasukan pengguna ketenteraan sebagai platform secara bersama di dalam menangani cabaran dan mencari penyelesaian demi kepentingan semua pengguna helikopter H225M. Persidangan yang dirancang sejak tahun 2020 ini merupakan pertama kali diadakan yang bertujuan menyatukan pengguna H225M dan akan diperluaskan lagi untuk penglibatan negara/agensi yang berkaitan pada masa akan datang.

Di persidangan ini, wakil Panglima Tentera Udara turut menyampaikan ucapan secara virtual sebagai perkongsian idea bersama. Pengisian persidangan menjadi lebih menarik dengan penglibatan negara pengguna ketenteraan pesawat H225M atau bagi TUDM pesawat ini juga lebih dikenali sebagai helikopter EC 725 AP, yang masing-masing membuat 30 minit pembentangan berdasarkan pengoperasian pesawat H225M di negara berkenaan. Antara intipati dalam pembentangan ini, TUDM turut berkongsi pengalaman serta pandangan berkenaan persiapan serta pelaksanaan mengangkut pesawat helikopter EC 725 AP menggunakan pesawat A400M.

Pelaksanaan H225M WGC 2021 telah menunjukkan kerjasama dan diplomasi pertahanan bersama negara/agensi di mana menggembleng kesemua yang terlibat terhadap rangka kerja (framework), konsep, aktiviti, topik perbincangan dan perjanjian bagi pelaksanaan persidangan untuk tujuan dan matlamat yang sama.