MESYUARAT PEMERINTAHAN PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA SIRI 1/21

3 3 5 7 1
9 10 1 2

 

MELAKA , 13 Okt 21 – Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Siri 1/21 telah dipengerusikan oleh Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka.

Mesyuarat yang telah bermula mulai 11 hingga 13 Okt 21 ini telah membincangkan isu-isu melibatkan pendidikan dan latihan di dalam TUDM, cabaran-cabaran serta permasalahan yang timbul terutamanya di dalam situasi norma baharu COVID-19.

Terdapat 9 kertas kerja dan taklimat telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini iaitu:

1. Cadangan Penambahbaikan Penginapan Peserta Kursus Pegawai Dan LLP Berpangkat Koperal Kebawah Di INSPRA.
2. Halatuju Latihan Ketenteraan Tahun 1 & 2 (LKP 1 & 2) dan Kajian Semula Kursus Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) Pegawai Kadet TUDM Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
3. Kajian Menaiktaraf Infrastruktur Pegawai Kadet SLP.
4. Kajian Semula Skala Pakaian bagi Pegawai Kadet dan Perajurit Muda.
5. Permasalahan Alat Bantuan Mengajar (ABM) di Fasiliti Aviation Fire Simulation Centre (AFSC), Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA.
6. Kajian Kesesuaian Pengurusan Kenderaan Latihan Dilaksanakan Secara Pukal.
7. Pengurusan Kewangan (Tabung Perkhidmatan).
8. Penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah (JKAD) dan Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) peringkat TUDM.
9. Pelaporan Jawatankuasa Pengurusan Aset Latihan (JKPAL) Siri 1/21.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat kali ini adalah Pengarah Latih, Kol Hasnol Hisham bin Abu Hassan TUDM.