KUALA LUMPUR , 14 OKT 21 - H225M Working Group Conference 2021 memasuki hari terakhir hari ini bermula pada jam 2.00 petang dengan sesi pembentangan oleh pihak AIRBUS Helikopter berkenaan perancangan masa hadapan serta Modifikasi Gear Box Utama bagi pesawat H225M atau juga dikenali sebagai EC 725 AP.
Persidangan kemudiannya diteruskan dengan sesi perbincangan bersama di antara pihak AIRBUS Helikopter dan User Group. Di dalam sesi ini, antara perkara yang dibincangkan ialah cabaran dan kelebihan yang dihadapi setiap pengguna pesawat H225M serta cadangan penambahbaikan bagi jangka masa pendek dan panjang.
Penganjuran persidangan seperti ini adalah amat penting untuk saling berkongsi pandangan dan pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh setiap negara pengguna pesawat H225M. Penutup persidangan kemudiannya telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Ir Mohamad Razip bin A.Samad TUDM selaku Pengerusi H225M Working Group Conference 2021.