TUDM CIPTA SEJARAH MERANGKUL JOHAN ANUGERAH ADISA DALAM ANUGERAH INOVASI PERDANA SEKTOR AWAM (AIPSA) TAHUN 2023

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

PUTRAJAYA, 7 Nov 23 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya merangkul Johan Anugerah DNA Inovasi Sektor Awam (ADISA) dalam Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) bagi tahun 2023 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertemakan "Malaysia MADANI Memperkasa Inovasi".

Majlis yang penuh bersejarah ini turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; AKS Kejuruteraan, Mej Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM; Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM dan Komander JAMCC Sepang, Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM.

Anugerah DNA Inovasi Sektor Awam (ADISA) yang berjaya dimenangi oleh TUDM ini adalah melalui projek "REVOLUTION ADVANCE INNOVATION NETWORK (RAIN)". Selain daripada itu, TUDM juga turut merangkul empat (4) anugerah dalam Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam (KIKSA) yang turut disampaikan dalam majlis tersebut iaitu:

1. VIRTUAL AVIONICS SIMULATOR TRAINER 2.0 (VAST 2.0) - Naib Johan Sosial Penambahbaikan

2. SILENT SCREAMER - Naib Johan Penyampaian Perkhidmatan Penciptaan

3. ALERT EXTENDER (ALEXANDER) - Naib Johan Sosial Penciptaan

4. KNIGHT BI-ELECTRONIC MANAGEMENT SYSTEMS (KBEMS) - Tempat ke-3

Kemenangan ADISA dan KIKSA oleh TUDM berjaya mencipta rekod terbaru dengan kemenangan terbesar dalam sejarah Inovasi TUDM dan Kementerian Pertahanan

Syabas dan tahniah kepada semua Pasukan Inovasi TUDM, Sekretariat Inovasi TUDM dan Ikon Inovasi Kementerian Pertahanan berjuang dan telah berjaya mengharumkan nama TUDM khasnya ATM-MINDEF amnya.