![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 21 Jul 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Narulnizam bin Razali TUDM di pejabat beliau hari ini.
Pertemuan ini menjadi platform kepada Kol Narulnizam bin Razali TUDM untuk mendapatkan pandangan, nasihat serta amanat daripada kepimpinan tertinggi TUDM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya di Pangkalan Udara Sendayan agar seiring dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).