![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2025 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Wilayah Udara 1 (PANGWILUD 1), Mejar Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM di pejabat beliau di Markas Tentera Udara, hari ini.
Pertemuan secara rasmi ini memberi ruang khusus kepada kedua-dua pucuk pimpinan untuk berbicang dan memberi pandangan masing-masing dalam memastikan kesiagaan dan keupayaan TUDM sentiasa berada di tahap optimun.
Selain itu, perjumpaan ini juga memberi peluang kepada PANGWILUD 1 untuk mendapatkan nasihat serta mandat daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab beliau dalam menerajui Wilayah Udara 1 selari dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055.