![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 19 Julai 2025 – Stadium Pangkalan Udara Sendayan bergema dengan semangat dan sorakan apabila Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) menganjurkan 10KM Challenge. Acara ini bukan sahaja mencetuskan suasana meriah, malah berjaya menyatukan pelbagai lapisan warga udara dan komuniti setempat dalam satu platform kecergasan.
Lebih 600 peserta hadir mengambil bahagian, terdiri daripada warga MPSTU, anggota PSSTUDM, Pegawai Kadet PALAPES Udara, serta penyertaan terbuka dari orang awam – melambangkan keterangkuman dan semangat kesukarelawanan yang menjadi teras kepada Pasukan Simpanan TUDM.
Acara turut diserikan dengan kehadiran Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM, yang bukan sahaja merasmikan pembukaan program, malah turut serta menyempurnakan pelepasan larian dan berlari bersama para peserta. Kehadiran beliau nyata menjadi suntikan semangat buat semua yang terlibat.
Program dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan sesi senamrobik beramai-ramai, diikuti gimik pelancaran yang simbolik sebelum pelepasan peserta dilakukan. Kesemua peserta berjaya menamatkan cabaran sejauh 10 kilometer tanpa sebarang insiden, sekaligus membuktikan ketahanan fizikal dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan peserta.
Penganjuran 10KM Challenge ini merupakan langkah strategik MPSTU dalam memperkasa budaya hidup sihat, membina jaringan kerjasama serta memperkukuh nilai kekitaan antara warga TUDM dan masyarakat. Melalui pendekatan mesra komuniti seperti ini, MPSTU terus komited memainkan peranan sebagai penghubung antara ketenteraan dan rakyat.