TAKLIMAT DAN LAWATAN PROJEK-PROJEK KIK TUDM TERPILIH SEBAGAI PROJEK GUNASAMA ATM

DSC 0040 20210728 121656
20210728 121711 20210728 121743

SUBANG, 28 Jul 21 – Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Inovasi TUDM telah mengkoordinasi taklimat dan lawatan projek-projek KIK yang terpilih sebagai projek gunasama ATM di peringkat TUDM. Taklimat dan lawatan ini dihadiri oleh Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia, Laksda Dato’ Anuar bin Mohamad TLDM , wakil-wakil Bahagian Inspektorat Tentera Darat Diraja Malaysia (TD) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Objektif taklimat dan lawatan ini adalah untuk memberikan penerangan dan kebolehupayaan projek-projek KIK TUDM bagi diaplikasikan disetiap perkhidmatan. Projek-Gunasama ATM ini adalah inspirasi daripada Panglima Angkatan Tentera dimana semua projek-projek KIK yang berpotensi boleh digunapakai di setiap perkhidmatan.

Taklimat dan lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pegawai Inovasi TUDM Mej Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM, ucapan Inspektor Jeneral ATM dan seterusnya taklimat dan demonstrasi projek daripada kumpulan KIK yang terpilih.

Projek-projek yang telah terpilih ini adalah terdiri daripada projek e-Quarter daripada MTU-KOMLEK, Digital Tools Control System (DTCS) daripada PUSPEKA dan e-Rujukan daripada INSTAR. Tahniah diucapkan kepada kumpulan KIK yang telah terpilih.