RMAF Recovery Day 2.0 yang bermula hari ini telah berjaya dilaksanakan secara serentak di semua pangkalan dan unit TUDM di seluruh Malaysia. Program pada kali ini merupakan penganjuran kali kedua bagi tahun 2021 dan difokuskan ke arah usaha pemulihan aset operasi seperti pesawat, kenderaan, persenjataan, tenaga kerja dan aset-aset lain di dalam inventori TUDM.
Setiap unit operasi dan latihan disarankan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan yang tertangguh, mengemaskini dokumentasi, menambahbaik prosedur kerja dan memeriksa kembali inventori aset yang diuruskan. Penganjuran pada kali ini amat menitik berat dan memberi penekanan kepada pematuhan SOP yang ketat untuk dipatuhi sepanjang program ini berlangsung.