SUBANG, 28 Jul 21 – Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Inovasi TUDM telah menganjurkan Konvensyen KIK TUDM tahun 2021 pada 28 dan 29 Jul 21 di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU). Penganjuran pada kali ini dilaksanakan secara atas talian dimana ianya merupakan penganjuran Konvensyen KIK yang pertama kali diadakan secara talian di peringkat ATM.
Objektif penganjuran Konvensyen KIK TUDM adalah bertujuan untuk menilai usaha dan hasil kumpulan KIK serta memupuk budaya kreatif dan inovatif secara berterusan bagi melahirkan anggota yang efektif, efiesen dan berdedikasi bagi memperbaiki sistem dan cara bekerja di unit/pangkalan. Sistem siaraya menggunakan peralatan Online Training Broadcasting Station (On-TBS) dan dihubungkan melalui 2 x Virtual Hall.
Sebanyak 30 projek KIK dari semua unit dan pangkalan di dalam TUDM yang telah dipilih untuk dipertandingkan dimana kesemua projek ini telah memenuhi kriteria dan keperluan untuk memasuki Konvensyen KIK TUDM.
Pengadil yang terlibat bagi mengadili Konvensyen KIK 2021 adalah Dr Nor Asyikin dari INTAN, Cik Aini dari MIDAS dan En Koguladan dari MOSTI. Pemenang-pemenang akan diumumkan semasa Anugerah Inovasi Tentera Udara (AITUDM) yang dijangka berlangsung pada sekitar bulan September.