SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA OPERASI UDARA DAN SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA BANTUAN UDARA

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

SUBANG, 1 Jun 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Operasi Udara yang diadakan di Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Subang hari ini.

Dalam upacara serah terima tugas ini, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM menyerahkan tugas Panglima Operasi Udara kepada Lt Jen Dato' Masro bin Kaliwon TUDM dengan disaksikan oleh Panglima Tentera Udara.

Seterusnya, Panglima Tentera Udara turut menyaksikan Serah Terima Tugas Panglima Bantuan Udara di antara Lt Jen Dato' Masro bin Kaliwon TUDM yang menyerahkan tugas dan jawatan serta penyerahan tongkat kuasa pemerintahan sebagai Panglima Bantuan Udara kepada Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM.

Seluruh warga TUDM menzahirkan ucapan tahniah kepada Lt Jen Dato' Masro bin Kaliwon TUDM di atas pelantikan sebagai Panglima Operasi Udara yang baharu dan kepada Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM di atas pelantikan sebagai Panglima Bantuan Udara yang baharu. Semoga Tentera Udara Diraja Malaysia terus cemerlang di bawah tampuk panglima pemerintahan yang baharu.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer