![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 1 Jun 2025 – Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selamat pulang ke tanah air selepas melaksanakan misi kemanusiaan Operasi STARLIGHT III susulan gempa bumi magnitud 7.7 yang melanda wilayah Sagaing, Myanmar pada 28 Mac lalu.
Diketuai Kolonel (Dr) Ahmad Farhan bin Ahmad Fuad, misi ini melibatkan 69 anggota ATM yang menubuhkan Hospital Medan Malaysia (HMM) dan berjaya merawat 3,562 pesakit serta menjalankan 493 pembedahan dalam tempoh 38 hari operasi.
Kesemua anggota dan aset perubatan telah dibawa pulang menggunakan dua pesawat Airbus A400M milik TUDM yang berlepas dari Lapangan Terbang Mandalay.
TUDM memainkan peranan penting dalam penghantaran dan pengoperasian misi, membuktikan keupayaannya menyokong operasi kemanusiaan berskala besar serta memperkukuh solidariti serantau melalui diplomasi ketenteraan ASEAN.
Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman menyifatkan keberhasilan misi ini sebagai lambang komitmen Malaysia dalam menangani krisis kemanusiaan secara berkesan.
Turut hadir dalam acara penerimaan ini adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan; Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Panglima Operasi Udara; Leftenan Jeneral Dato' Masro bin Kaliwon TUDM, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama; Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis, Timbalan Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan; Brigedier Jeneral Jasmi bin Che Ismail TUDM, Ketua Pengarah Cawangan Operasi Pertahanan Bahagian Latihan Pertahanan; Brigedier Jeneral Mohd Rafi bin Muhammad, para Pegawai dan anggota ATM.