PANGLIMA TENTERA UDARA MENYEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT KEPADA EMPAT PEGAWAI KANAN TUDM

1 2 3
4 5 6
7 8 8
10 11 12

 

SUBANG, 1 Jun 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada empat (4) Pegawai Kanan TUDM yang diadakan di Mes Wira Angkasa,Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Pegawai Kanan TUDM yang terlibat adalah Mej Jen Dato' Masro bin Kaliwon TUDM yang telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral TUDM. Seterusnya, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral TUDM dan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU). Kol Azman bin Taib TUDM dinaikkan pangkat ke pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan akan menjawat jawatan sebagai Komandan Kolej Tentera Udara. Yang terakhir adalah Lt Kol Salehudin bin Azam TUDM dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM dan menjawat jawatan sebagai Pengarah A4 Markas Pemerintahan Operasi Udara.

Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; serta pegawai-pegawai kanan TUDM.

Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah kepada semua Pegawai Kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini, pelaksanaan tugas dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer