KUALA LUMPUR, 24 Ogos 23 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada sepuluh (10) Pegawai Kanan TUDM berpangkat Mejar TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.
Mendahului senarai pemakaian pangkat dalam majlis ini adalah:
1. Mej Muhd Faizal bin Ab Rahim TUDM yang memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 18 Skuadron PU Butterworth.
2. Mej Ahmad Azizi bin A.Aziz TUDM yang memegang jawatan sebagai PS 1 Sistem Udara MTU P&P.
3. Mej Hasnizam bin Harun TUDM yang memegang jawatan sebagai PS 1 Sel Operasi dan Eksesais Operasi Khas Markas Rejimen TUDM.
4. Mej Nor Isman bin Ibris@Idris TUDM yang memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara PU Jugra.
5. Mej Dzulhazmy bin Zainal Abidin TUDM yang memegang jawatan sebagai Ketua Cawang Penggempur Udara Pasukan Khas TUDM.
6. Mej Hj Mohd Abdullah bin Mohd Zainuddin TUDM yang memegang jawatan sebagai PS 1 OPKES, Sel Operasi & Eksesais Operasi Keselamatan Markas Rejimen TUDM.
7. Mej Mohd Shahrul Naim bin Salleh TUDM yang memegang jawatan sebagai Ketua Skuadron Handau Markas SKN 211 Handau PU Subang.
8. Mej Ahmad Zikri bin Azhar TUDM yang memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 14 Skuadron PU Labuan.
9. Mej Nik Mohd Suhazly bin Nik Shamsudin TUDM yang memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah MPOU PEE TUDM.
10. Mej Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM yang memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan Tadbir PU Butterworth.
Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain. Seluruh warga TUDM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Sesungguhnya kenaikan pangkat adalah atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan serta kepercayaan yang diberikan oleh pimpinan atasan kepada pegawai untuk terus berbakti di dalam perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khasnya.