PESAWAT EC 725 AP MEMBANTU MENJAYAKAN OPERATIONAL SEA TRAINING EXERCISE

WhatsApp Image 2021 08 12 at 132624 2 WhatsApp Image 2021 08 12 at 132624 1 WhatsApp Image 2021 08 12 at 132624

 

KUANTAN, 12 Ogos 21 - Dua buah pesawat EC 725 AP dari No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan telah membantu menjayakan Operational Sea Training Exercise (OSTEX) West 21 yang telah dikoordinasikan oleh Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) melibatkan beberapa aset di bawah Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1).

Siri latihan pendaratan helikopter di geladak kapal atau Deck Landing Training (DLT) di bawah OSTEX West 21 yang dikoordinasikan bersama KD Jebat dan KD Lekiu telah dilaksanakan di lokasi 70 bn dari Timur Kuantan.

Latihan ini melibatkan 20 anak kapal dan 4 juruteknik dari No 10 Skuadron yang diketuai oleh Mej Mohd Asrul bin Junid TUDM. Latihan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan anak kapal sekaligus memperkukuhkan kerjasama antara TUDM dan TLDM dalam mempertahankan kedaulatan negara.