EKSESAIS TAMING SARI SIRI 20/21 TLDM TINGKATKAN KESIAPSIAGAAN ASET DAN USAHA BERSEPADU PASUKAN SAHABAT

224860630 4309599639127649 7554523622820812232 n 225779721 4309613135792966 4470707452853521353 n 227838956 4309599699127643 8393181985945715220 n
228948883 4309613159126297 2995470850759871769 n 231319751 4309599849127628 3629921662047705789 n 225502351 4309611869126426 547028270375170428 n

 

KUANTAN, 12 Ogos 21 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM telah turut hadir dan menyaksikan penembakan peluru berpandu EXOCET MM40 dan EXOCET SM39 dalam Eksesais Taming Sari Siri 20/21 yang dilaksanakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pertahanan, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM.

Eksesais Taming Sari Siri 20/21 turut membuktikan usaha bersepadu di antara TUDM dan TLDM dengan penglibatan empat buah pesawat TUDM iaitu F/A 18D Hornet, B200T dan dua (2) helikopter EC 725 AP. Secara keseluruhan, eksesais kali ini membabitkan 1,080 warga TLDM, TUDM dan APMM dengan ketumbukan eksesais TLDM yang terdiri daripada sembilan (9) buah kapal, lima (5) buah Fast Combat Boat (FCB), sebuah (1) kapal selam dan dua (2) Super Lynx TLDM; empat (4) pesawat TUDM dan dua (2) aset APMM.

Kejayaan eksesais oleh TLDM ini dibuktikan lagi dengan kejayaan penembakan kesemua peluru berpandu pada hari ini yang mengenai sasaran dan membuktikan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara. Tahniah Navy People.

Penglibatan TUDM di dalam eksesais bersama pasukan sahabat kali ini antara lain adalah bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan tahap kesiapsiagaan anak kapal sekaligus memperkukuhkan usaha bersepadu di antara TUDM dan TLDM khususnya dan ATM amnya dalam mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.