PASSEX SIRI 1/2021 BERJAYA CAPAI OBJEKTIF

2 1 3

 

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diwakili oleh pesawat SU-30MKM dan F/A-18D bersama-sama dengan pesawat F/A-18 E/F dan EA-18G dari USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group (CVN 71) telah berjaya melaksanakan PASSEX pada kali ini yang memberikan tumpuan kepada "Dissimilar Basic Fighter Manoeuvre" dan "Dissimilar Air Combat Tactics". Siri latihan ini bermula 6 hingga 7 April 2021 telah diadakan di kawasan latihan TUDM.

Pada hari terakhir, pesawat TUDM dan United State Navy (USN) telah melaksanakan penerbangan formasi bersama di atas kapal USS Theodore Roosevelt Carrier dengan jayanya.

Secara keseluruhannya, eksesais selama dua hari ini berjaya memperlihatkan kerjasama di antara kedua-dua buah pihak iaitu TUDM dan USN dalam mewujudkan hubungan dua hala yang strategik. Selain daripada itu, pegawai dan anggota yang terlibat dapat berkongsi pengalaman serta ilmu pengetahuan dalam melaksanakan operasi bersama pada masa akan datang.