PROGRAM PELANCARAN TABUNG IHYA’ RAMADAN DAN SUMBANGAN TABUNG ZAKAT ATM BAGI TAHUN 2021M/1442H

WhatsApp Image 2021 04 09 at 151106 WhatsApp Image 2021 04 09 at 151107 WhatsApp Image 2021 04 09 at 151107 1
WhatsApp Image 2021 04 09 at 151108 1 WhatsApp Image 2021 04 09 at 151110 WhatsApp Image 2021 04 09 at 151109

 

KUALA LUMPUR, 9 April 2021 – Ketua Pengarah DGTA, Brig Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM mewakili Panglima Tentera Udara menghadiri Program Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Tabung Zakat ATM bagi Tahun 2021M/1442H yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Masjid Khalid Al-Walid hari ini.

Tabung Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Tabung Zakat ATM bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada warga Kementerian Pertahanan dan warga ATM agar dapat turut serta merebut kelebihan dari ganjaran pahala bersempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak dengan menginfakkan sebahagian harta yang diperolehi untuk membiayai Program Peningkatan Syiar Islam di masjid dan surau ATM.

Panglima Angkatan Tentera turut menyampaikan ‘Mock Cheque’ sumbangan Tabung Zakat ATM kepada wakil-wakil perkhidmatan untuk masjid dan surau ATM bagi membiayai Program Ihya’ Ramadan 1442 Hijrah. Program ini juga menjadi program tahunan yang menjadi pembakar semangat untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan yang penuh berkat yang mana umat Islam akan menunaikan Rukun Islam keempat berpuasa di Bulan Ramadan. Marhaban Ya Ramadan.