PANGLIMA TENTERA UDARA DAN WARGA TUDM TURUT MEMERIAHKAN MAJLIS RAMAH MESRA MENTERI KANAN PERTAHANAN BERSAMA WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2022 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM bersama isteri, Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan telah hadir ke Majlis Ramah Mesra Menteri Kanan Pertahanan bersama warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan di Dewan Seroja dan Padang Kawad Kem Kementah.

Majlis ini diadakan bagi meraikan warga Kementerian Pertahanan dan ATM serta memberi peluang kepada warga untuk bersua dan beramah mesra bersama Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan seluruh barisan kepimpinan Kementerian dan ATM.

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan pegawai serta anggota LLP dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan untuk bersama-sama meraikannya bersama keluarga besar warga Pertahanan.

7 8 9
10 11 12

 

Di majlis ini juga, seramai 118 orang telah menerima sumbangan daripada pihak Kementerian Pertahanan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan dan isteri, YM Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah. Penerima sumbangan terdiri daripada PUSPANITA cawangan Kementerian Pertahanan, Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), ATM, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) serta Pusat Tahfiz Maahad Al-Quran Misbahul Falah, Taman Keramat.

Selain daripada itu, majlis ini turut meraikan Atlet ATM dan UPNM yang telah bertanding di Temasya Sukan Sea Ke-31 serta berjaya membawa pulang pingat dan membanggakan Negara dan perkhidmatan ATM khasnya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz dan isteri; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri; Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dan isteri, barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM serta wakil Duta-Duta Negara luar.