![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 25 Mei 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah mengiringi Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bagi menyambut ketibaan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Chalermphon Srisawadi di Wisma Pertahanan, hari ini.
Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Chalermphon Srisawadi telah mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja ( 1 RAMD).
Tujuan utama lawatan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand bersama delegasi ini adalah untuk mengeratkan dan mengukuhkan hubungan kerjasama diplomatik pertahanan serantau di antara kedua negara. Selain itu, lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau sejak mengambil alih jawatan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand pada 1 Oktober 2020.
Turut mengiringi Panglima Angkatan Tentera adalah Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany serta wakil-wakil pegawai dari tiga cabang perkhidmatan ATM.