KUALA LUMPUR, 23 Mei 22 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah menerima kunjungan persaraan daripada Timbalan Ketua Staf 1, Markas Pemerintahan Operasi Udara iaitu Brig Jen Mohamed Fadzil bin Ismail TUDM yang akan bercuti dan menamatkan perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia tidak lama lagi.
Seluruh warga TUDM mengucapkan terima kasih di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan dan selamat bersara kepada Brig Jen Mohamed Fadzil bin Ismail TUDM. Semoga Brig Jen Mohamed Fadzil bin Ismail TUDM terus maju jaya di dalam apa jua bidang yang diceburi selepas menamatkan perkhidmatan.