MESYUARAT PEMERINTAHAN PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA SIRI 1/23

2 3 4
5 6 7
8 9 10

 

KUCHING, 3 Mac 23 – Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah merasmikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Siri 1/23 bertempat di Dewan Sri Angkasa, PU Kuching. Turut hadir bersama dalam mesyuarat kali ini adalah Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM.

Mesyuarat yang diadakan selama empat (4) hari iaitu bermula pada 28 Feb hingga 3 Mac 23 ini memfokuskan kepada isu semasa dan rancangan hadapan dalam mendukung fungsi dan peranan MPPLU selari dengan Pelan Strategik CAP55 khususnya melibatkan pendidikan dan latihan di dalam TUDM.

11 12 13
14 15 16

 

Pada mesyuarat edisi kali ini, sebanyak 12 taklimat dan kertas kerja telah dibentangkan iaitu Taklimat Kurikulum Basic Flying Course (BFC) dari INSPEN 1, Taklimat Kurikulum Flying Instructor Course (FIC) dari ILIT, Kajian Centre of Excellence for Malaysian Armed Forces (MAF) Basic Helicopter Pilot Training (Helicopter Joint School),Kajian Cadangan Pelarasan Skop Pengendalian dan Senggaraan Pesawat PC-7 MK II di antara TUDM dan Industri, Conceptual of Non-Pilot Aircrew (WSO, TACCO, UAS/SO, NAV) Training Center; Kertas Kerja Cadangan Penstrukturan Semula Organisasi Unit Naungan MPPLU dan Organisasi MPPLU serta sebanyak enam (6) pembentangan berkenaan tajuk “Virtual vs Real Training”, Relevansi Kurikulum Latihan Semasa oleh institut latihan di bawah naungan MPPLU.

Selain daripada itu, peserta mesyuarat turut melawat No 1 Skn dan Skn 330 TUDM bagi melihat lebih dekat pengoperasian unit dalam aspek latihan lanjutan (advance training). Panglima Pendidikan dan Latihan Udara turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir serta memberikan buah fikiran demi kecemerlangan organisasi. Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada Pangkalan Udara Kuching serta sekretariat penganjur yang mengkoordinasikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara kali ini.