LAWATAN KERJA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA KE KOMPLEKS SUKAN TUDM PANGKALAN UDARA SENDAYAN

1 2 3
4 5 7
8 9 10

 

SENDAYAN, 3 Mac 23 - Lt Jen Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara merangkap Pengerusi Lembaga Sukan TUDM, telah melaksanakan lawatan kerja ke Kompleks Sukan TUDM, yang berlokasi di Pangkalan Udara Sendayan. Delegasi yang turut hadir sempena lawatan kerja ini adalah Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM, AKS Perancangan dan Pembangunan; Brig Jen Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM, AKS Materiel; Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM, AKS Tadbir; Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM, Komander Pangkalan Udara Sendayan; Kol Omar Zai bin Abas TUDM, Pengarah Belanjawan dan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Sukan TUDM.

11 12 13
14 15 16

 

Lawatan kerja ini adalah rentetan daripada Mesyuarat Pembangunan Persatuan Sukan TUDM Tahun 2023 pada 15 Feb baru-baru ini yang mana Timbalan Panglima Tentera Udara ingin melihat secara fizikal berhubung status kebolehgunaan setiap kemudahan sukan yang terdapat di Kompleks Sukan TUDM. Lawatan ini juga merupakan yang julung kali ke Kompleks Sukan TUDM setelah beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara. Lawatan kerja dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Lt Kol Zul Izuddin bin Ismail TUDM mewakili Seksyen Pembangunan Sukan TUDM. Taklimat yang disampaikan adalah merangkumi atur cara lawatan, latar belakang, kemudahan sukan, cabaran dan rancangan hadapan pembangunan Kompleks Sukan TUDM. Terdapat 23 kemudahan sukan yang kini telah dimanfaatkan penggunaannya secara optimum bagi sesi latihan mahupun Kejohanan Antara Perkhidmatan oleh Persatuan Sukan TUDM dan ATM. Pada akhir sesi lawatan kerja ini, Timbalan Panglima Tentera Udara dan delegasi turut mengabadikan kenangan dengan sesi bergambar di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan TUDM.

17 18 19
20 21 22

 

Melalui Tonggak Ke-6 iaitu Kebajikan Sosial dan Kelestarian Warga di dalam Perintah Ulung PTU Ke-20, Warga Udara diberi masa dan ruang untuk bersukan atau beriadah. Ini sejajar dengan usaha merealisasikan pelaksanaan “Work Life Balance” setiap formasi dan Warga Udara sekaligus meyahut seruan Panglima Tentera Udara yang pernah mengungkapkan ucapan “A healthy body gives you a healthy mind. With a healthy mind, you will be more productive.”