![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 3 Jun 2025 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menyaksikan Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Udara 2 serta Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) yang berlangsung di Auditorium Air Warfare Centre, MPOU, hari ini.
Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Udara 2 menyaksikan penyerahan tugas dan tanggungjawab oleh Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM kepada Mej Jen Dato’ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM. Manakala, bagi jawatan Ketua Staf MPOU pula diantara Mej Jen Dato’ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM kepada Mej Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mej Jen Dato’ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM atas pelantikan sebagai Panglima Wilayah Udara 2 yang baharu, serta kepada Mej Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM atas pelantikan sebagai Ketua Staf MPOU yang baharu.