HARI PERTAMA MEJ JEN DATO’ AHMAD KHUSAIRI BIN AHMAD FADLI TUDM MULA TUGAS PANGLIMA BANTUAN UDARA

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 3 Jun 2025 - Mej Jen Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM secara rasmi telah mula tugas selaku Panglima Bantuan Udara yang baharu pada hari ini.

Ketibaan beliau di Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah disambut oleh Brig Jen Ir. Azhar bin Idris, Ketua Staf MPBU bersama barisan Ketua-ketua Bahagian.
Terdahulu, Mej Jen Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kuarter di Padang Kawad MPBU sebagai penghormatan hari pertama beliau sebagai Panglima Bantuan Udara.

Turut dilaksanakan adalah bacaan doa daripada Pegawai Agama Markas bagi memohon keberkatan dan dipermudahkan segala urusan Panglima Bantuan Udara dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab memimpin Markas tersebut dalam mendukung kecemerlangan operasi TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer