![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 3 Jun 2025 – Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Panglima Operasi Udara yang baharu. Ketibaan beliau di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) disambut oleh Mej Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM, Ketua Staf MPOU bersama barisan ketua-ketua bahagian markas. Seterusnya, beliau telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kuarter di Padang Kawad MPOU sebagai simbolik penghormatan pertama beliau memegang jawatan Panglima Operasi Udara.
Bacaan doa telah dipimpin oleh Pegawai Staf 1 Agama MPOU sejurus Panglima Operasi Udara memasuki pejabat beliau yang baharu sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan agar MPOU terus dipacu dengan cemerlang dalam memayungi kedaulatan negara. Semoga pelantikan ini terus memperkukuh kesiagaan operasi udara serta meningkatkan pembangunan keupayaan TUDM dalam menghadapi cabaran pertahanan masa hadapan.