SUBANG, 23 Nov 22 - Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan pegawai, anggota, dan staf kakitangan awam yang telah menamatkan perkhidmatan dan bertukar keluar.
Majlis yang diadakan di Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang ini bagi meraikan jasa bakti yang telah mereka berikan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam TUDM amnya, MPBU khasnya. Seramai 39 anggota yang diraikan hadir dalam majlis tersebut.
Majlis penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM. Turut hadir meraikan majlis tersebut pegawai, anggota, serta staf kakitangan awam yang berkhidmat di MPBU. Markas mengucapkan selamat maju jaya kepada anggota yang telah menamatkan perkhidmatan dan sekalung penghargaan atas sumbangan jasa bakti selama kepada anggota yang telah bertukar keluar dari markas ini.