SEMINAR PEGAWAI KEJURUTERAAN MENDUKUNG TRANSFORMASI TUDM MENCAPAI OBJEKTIF CAP 55

1 3 4
5 6 7
8 9 10

 

SUBANG, 24 Nov 22 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyempurnakan penutup Seminar Pegawai Kejuruteraan TUDM 2022 yang dianjurkan oleh MTU-Kejuruteraan bertempat di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), PU Subang.

Seminar tiga hari yang dipengerusikan oleh AKS Kejuruteraan, Mej Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM ini telah berlangsung bermula 22 sehingga 24 Nov 22 dan dihadiri seramai 75 Pegawai Kejuruteraan TUDM dari seluruh Malaysia. Seminar Kejuruteraan merupakan salah satu aktiviti tahunan Bahagian Kejuruteraan yang diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada pegawai – pegawai kejuruteraan membincangkan isu-isu yang melibatkan polisi, senggaraan, sumber manusia serta lain-lain cabaran dan kekangan yang dihadapi.

11 12 13
14 15 16
17 18 19

 

Selain itu, penganjuran seminar ini juga menjadi medium perbincangan kertas kerja dan taklimat di samping membahas isu-isu, penghasilan idea, tindakan (resolusi) susulan bagi memacu Bahagian Kejuruteraan agar seiring dengan transformasi TUDM ke arah Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau RMAF Capability Development Plan 2055 (CAP 55).

Dalam ucapan penutup, Timbalan Panglima Tentera Udara berharap agar setiap pegawai perlu menjadi “Engineer” dan bukan sekadar “Manager” bagi meningkatkan keupayaan modal insan selari dengan keperluan TUDM masa kini. Selain itu, setiap pegawai Kejuruteraan juga perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan perkembangan teknologi sebagai persiapan penerimaan aset-aset baharu kelak.

20 21 22
23 24 25
26 27 28

 

Tambahan beliau, selari dengan Pelan Tindakan Perintah Ulung PTU untuk peningkatan keupayaan TUDM. bahagian Kejuruteraan juga perlu bersedia untuk mengambil tugas senggaraan daripada pihak kontraktor sekiranya ada keperluan. Ianya adalah selari dengan amanat PTU untuk meningkatkan keupayaan Kejuruteraan TUDM.