![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 6 Jun 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hadir ke Majlis Bantuan Institut Pengajian Tinggi (Ipta) Dan Universiti Luar Negara Tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Khaled Nordin bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini.
Seramai 94 pelajar telah menerima insentif bagi kategori Bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Bantuan Universiti Luar Negara (ULN) Tahun 2024. Bagi kategori IPTA, seramai 84 telah menerima insentif berjumlah RM1,000 manakala seramai 10 pelajar ULN menerima insentif berjumlah RM2,000 setiap seorang.
Majlis penyampaian ini merupakan sambutan tradisi dan menjadi insentif ‘signature’ Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) untuk meraikan tahap kecemerlangan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). YLTAT akan menggalas tanggungjawab untuk mengaturgerak inisiatif pembangunan pendidikan yang mampu memberi ‘multiplier effect’ kepada pembentukan modal insan berdaya saing sejajar dengan aspirasi pendidikan nasional.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dalam majlis tersebut, turut dilaksanakan penyampaian sumbangan mock cheque bagi Program Sentuhan Elit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sebanyak RM295,704 ribu daripada ILTIZAM by Ekuinas untuk membantu melaksanakan Program Sentuhan Elit SPM 2024 sebagai tanda sokongan jitu dalam memberi bimbingan serta membantu persediaan anak-anak warga ATM serta Kementerian Pertahanan.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak; Pengerusi LTAT, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM (Bersara); Ketua Eksekutif YLTAT, Dato’ Dr Mohd Nizar bin Hj Sudin; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Pegawai-Pegawai Kanan ATM yang lain.