![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 11 Jun 24 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Rusia Ke-34 di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur.
Majlis yang bersejarah ini telah dihoskan oleh Duta Besar Persekutuan Rusia iaitu Mr H.E Naiyl Latypov dan Madam Marina Latypova.
Dalam majlis ini, Panglima Tentera Udara dan isteri berpeluang melihat seni pameran Rusia yang dipamerkan selain persembahan tradisional negara tersebut yang dipersembahkan dalam majlis yang penuh gilang-gemilang.
Panglima Tentera Udara dan isteri merakamkan ucapan terima kasih kepada Mr H.E Naiyl Latypov dan Madam Marina Latypova di atas undangan khas ke majlis sambutan ini. Semoga hubungan baik dan diplomasi diantara kedua-dua negara ini kekal utuh.
Happy 34th Anniversary of Russia’s National Day to All Russian People.