![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 5 Jun 24 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat MPOU bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara hari ini.
Mendahului senarai Kapt Mohd Norazman bin Rameli TUDM dinaikkan pangkat ke Mej TUDM, Sjn U Syed Ridzuan bin Syed Othman dinaikkan pangkat ke pemangku Fsjn, manakala Kpl U Muhammad Haziq bin Muhd Palil dan Kpl U Nor Muhamad bin Mat Daud dinaikkan pangkat ke pemangku Sjn U.
Tahniah diucapkan kepada pegawai dan anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dapat menggalas tanggungjawab yang telah diberikan seiring dengan kehendak perkhidmatan. Turut hadir menyaksikan acara Ketua Staf MPOU, Mej Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM; Timbalan Ketua Staf MPOU, Kol Mohd Hakimi bin Mohd Anuar TUDM; AKS dan Ketua Bahagian.