MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-64 SERENTAK DILAKSANAKAN DI SELURUH PANGKALAN DAN UNIT TUDM

HAS 2958 HAS 2960 HAS 2994
HAS 3009 HAS 3021 HAS 3048
HAS 3056 HAS 3079 HAS 3123

 

SUBANG, 26 Mei 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bersempena Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diadakan di Masjid Pangkalan Udara Subang. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri Datin Indera Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan isteri Datin Dr Halina binti Harun; Panglima Bantuan Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan isteri Puan Dewi Mastura binti Tumiran , Pegawai-pegawai Kanan dan isteri, serta pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat yang bertugas di sekitar Lembah Klang.

HAS 3168 HAS 3172 HAS 3176
HAS 3192 HAS 3201 HAS 3225
HAS 3241 HAS 3333 HAS 3379

 

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Lt Kol Salahuddin bin Safeie sebelum diteruskan dengan Solat Hajat. Selain itu, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat juga turut diadakan bagi memohon keselamatan, kesejahteraan dan keberkatan kepada warga TUDM secara keseluruhannya. Majlis yang sama juga dilaksanakan serentak di semua peringkat Markas, Pangkalan dan Unit TUDM di masjid dan surau masing-masing.