MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL BAGI PERWIRA DAN BINTARA TLDM YANG TERKORBAN DALAM TRAGEDI KEMALANGAN PESAWAT HOM-AW139 DAN FENNEC TLDM

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

SUBANG, 26 Apr 24 – Tentera Udara Diraja Malaysia telah melaksanakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bagi Perwira dan Bintara TLDM yang terkorban dalam tragedi kemalangan pesawat HOM-AW139 dan Fennec TLDM bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Pangkalan Udara Subang.

Majlis yang turut dilaksanakan secara serentak diseluruh Markas, Pangkalan dan Unit TUDM ini diimarahkan oleh seluruh lapisan pegawai dan anggota TUDM di Markas, Pangkalan dan Unit masing-masing.

Turut hadir dalam majlis yang mulia ini ialah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Zahani Bin Hj Zainal Abidin TUDM dan Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer