MESYUARAT PEMERINTAHAN PANGLIMA BANTUAN UDARA SIRI 1/24

1 2 3
5 6 7

 

BUKIT TINGGI, 26 Apr 24 – Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Bantuan Udara Siri 1/24 bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi Pahang. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Staf MPBU, Brig Jen Sharani bin Kamaruddin TUDM; Pegawai Memerintah Depoh Meteriel Utama, Kol Amran bin Hassan TUDM; dan Pegawai-pegawai Kanan di bawah naungan MBPU.

Mesyuarat yang dilaksanakan selama empat (4) hari bermula dari 23 hingga 26 Apr 24 telah memfokuskan kepada isu yang berkaitan dengan pengurusan operasi logistik dan kejuruteraan serta menyampaikan maklumat atau perintah terkini secara terus kepada unit-unit di bawah naungan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU).

Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan dan dibincangkan pada mesyuarat kali ini. Di samping, resolusi-resolusi yang diketengahkan semasa mesyuarat akan diangkat sebagai tindakan dan cadangan penambahbaikan bagi pengurusan dan pentadbiran MPBU. Panglima Bantuan Udara juga berharap agar kesemua resolusi yang telah diketengahkan dalam mesyuarat ini dapat berfungsi dengan efektif serta dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan "outcome" yang dapat dihasilkan sebagai dukungan logistik kepada keperluan pengoperasian TUDM.

Panglima Bantuan Udara juga mengingatkan kepada unit-unit di bawah naungan MPBU, perlulah sentiasa cekap/efisien serta peka dengan pengarahan-pengarahan selanjutnya dari semasa ke semasa bagi memastikan dukungan logistik yang berkesan dapat diberikan kepada semua unit pelanggan yang terlibat. Ini adalah kerana MPBU memerlukan sokongan unit-unit di bawah naungan untuk mencapai misi dan visi MPBU serta merealisasikan moto MPBU iaitu “Supaya Mereka Terbang”.

Panglima Bantuan Udara turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dengan lontaran idea yang kritis demi kecemerlangan organisasi. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada pihak sekretariat penganjur yang mengkoordinasikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Bantuan Udara kali ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer