TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI KOMANDER PANGKALAN UDARA SUBANG

1 2

 

KUALA LUMPUR, 26 Apr 24 – Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Lt Jen Datuk Seri Hj Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM di pejabat beliau, hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan pelantikan Brig Jen Yusri TUDM selaku Komander PU Subang yang baharu dan juga untuk mendapatkan nasihat, panduan serta mandat daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM untuk menjalankan tugas sebagai Komander Pangkalan selari dengan Pelan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055.

Semasa kunjungan hormat ini juga, Timbalan Panglima Tentera Udara turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM diatas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Komander Pangkalan Udara Subang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer