LAWATAN KERJA RASMI PANGLIMA TENTERA UDARA THAILAND SEMPENA EKS AIR THAMAL 30/22

1 26218160 n 3
4 5 6
7 8 9

SUBANG, 4 JULAI 2022 – Panglima Tentera Udara Diraja Thailand, Air Chief Marshal Napadej Dhupatemiya telah mengadakan lawatan rasmi sempena Eksesais AIRTHAMAL Siri 30/22 bermula 3 Julai 2022. Ketibaan PTU Thailand yang turut diiringi oleh isteri, Mrs. Panyadao telah disambut oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM; Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Hj Damawi TUDM, pegawai kanan TUDM dan kumpulan eksekutif pangkalan.

Sebaik ketibaan, ACM Napadej Dhupatemiya telah mengambil tabik hormat dan memeriksa kawalan kawalan kuarter dari Pangkalan Udara Subang. Beliau dan isteri seterusnya diraikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Puan Sri Dato’ Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan serta beramah mesra bertemu rakan sejawatan di Kelab Rekreasi Tentera Udara, PU Subang.

Pada hari kedua, lawatan kerja PTU Thailand diteruskan ke Air Warfare Centre dan disambut ketibaan beliau oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta Pegawai-Pegawai Kanan TUDM. Seterusnya beliau diberikan taklimat pencapaian sepanjang Eksesais AIRTHAMAL berlangsung oleh Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM selaku Pengarah Eksesais Bersama TUDM serta turut melihat dengan lebih dekat berhubung perjalanan eksesais yang sedang dilaksanakan. 

10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

Beliau turut meluangkan masa bertemu pegawai dan anggota Lain Lain Pangkat dari Tentera Udara Diraja Thailand (Royal Thai Air Force) sebagai suntikan moral kepada peserta-peserta eksesais untuk menjayakan dan memastikan objektif utama eksesais tercapai.

Pada masa yang sama, isteri beliau Mrs. Panyadao turut diraikan oleh ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara yang diwakili oleh Datin Dr Halina binti Haron, isteri kepada Panglima Operasi Udara dan dibawa melihat aktiviti dan jualan Amal Shoppe BAKAT Udara di Pangkalan Udara Subang serta diberikan taklimat berhubung peranan dan fungsi penubuhan Amal Shoppe BAKAT Udara sebagai satu medium jualan dan memperkenalkan barang-barang yang dihasilkan oleh ahli-ahli BAKAT Udara bagi tujuan menambahkan pendapatan yang mana keuntungan hasil jualan akan disalurkan utk tujuan kebajikan ahli-ahlinya .

PTU Thailand dan isteri seterusnya menyantuni para peserta eksesais dengan turut sama menikmati jamuan tengah hari sebelum beliau dan delegasi berangkat pulang ke Thailand.