SUBANG, 4 Jul 22 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah membuat Lawatan Kerja beliau ke Air Warfare Centre (AWC), Jabatan Kesiagaan Operasi (JKO) dan Pusat Peperangan Elektronik (PPE). Lawatan kerja beliau dimulakan dengan lawatan ke AWC yang disambut oleh Komander AWC, Kol Khairul Muzambi bin Salehin TUDM. Beliau dibawa melawat ke sekitar bangunan AWC serta diberikan taklimat pengoperasian pelaksanaan eksesais di AWC.
Seterusnya, beliau telah disambut oleh Pengarah Kesiagaan Operasi, Kol Azman bin Taib TUDM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JKO. Beliau turut mendengar taklimat berkenaan peranan, fungsi serta kesiapsiagaan JKO dalam operasi dan eksesais.
Akhir sekali, beliau melawat ke PPE dan disambut oleh Pegawai Memerintah PPE, Lt Kol Abdul Rahim bin Jusoh TUDM. Beliau juga diberikan taklimat ringkas mengenai PPE serta penerangan berkaitan fasiliti dan peralatan di PPE oleh Pegawai Memerintah PPE bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPE.
Lawatan kerja ini diadakan buat julung kalinya selepas beliau mengambil alih tugas sebagai Panglima Operasi Udara pada 27 Jun 2022 yang lalu.