KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA KE ATAS KETUA STAF MARKAS ANGKATAN TENTERA

1 2
3 4

 

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman di Wisma Pertahanan.

Pertemuan ini menjadi platform penting kepada beliau setelah mengambil alih tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara pada 26 Jun 2025 yang lalu bagi mendapatkan nasihat dan mandat daripada pucuk pimpinan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berkenaan kerjasama dan perancangan strategik bagi memperkukuhkan keupayaan TUDM termasuk aspek kesiapsiagaan operasi dan pembangunan modal insan.

Kunjungan hormat ini juga menjadi simbolik kepada kesinambungan kerjasama erat pucuk pimpinan tertinggi ATM serta komitmen bersama dalam memperkasakan pertahanan negara dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN