KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA UDARA KEPADA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

1 3 4
5 6 7

 

PUTRAJAYA, 24 Julai 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg Tan Sri Dato’ Sri Haji Shamsul Azri bin Abu Bakar di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kunjungan ini adalah kunjungan rasmi pertama Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM sebagai Panglima Tentera Udara setelah mengambil alih jawatan pada 26 Jun 2025 yang lalu. Pertemuan bersama KSN ini merupakan salah satu langkah strategik untuk mendapatkan mandat dan nasihat daripada barisan kepimpinan tertinggi negara bagi beliau menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 selari dengan kehendak pucuk pimpinan.

Pertemuan ini juga menjadi platfrom penting kepada beliau untuk menyatakan hala tuju dan perancangan strategik TUDM dalam meningkatkan keupayaan dan kesiagaan bagi mendepani cabaran semasa pertahanan serantau serta memastikan TUDM menjadi sebuah Kuasa Udara yang kredibel dalam mempertahanan kedaulatan di dua wilayah negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN