![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 24 Julai 2025 – Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Encik Mohamad Ammar bin Atan di pejabat beliau, hari ini.
Pertemuan empat mata tersebut telah menumpukan kepada perbincangan dan perkongsian berkaitan pembangunan dan kesiagaan TUDM.