HARI PERTAMA MEJ JEN DATO’ HJ NORLI HISHAM BIN ALWI TUDM SELAKU PANGLIMA WILAYAH UDARA 2 YANG BAHARU

1 2 3
4 5 6

 

LABUAN, 4 Jun 25 – Mej Jen Dato' Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM secara rasminya memulakan tugas sebagai Panglima Wilayah Udara 2 (PANGWILUD 2) setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM berkuatkuasa pada 1 Jun 25.

Ketibaan PANGWILUD 2 di Markas Wilayah Udara 2 telah disambut oleh Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Koey Tang Chai TUDM dan seluruh warga MAWILUD 2.
Seterusnya, beliau telah diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter. PANGWILUD 2 selanjutnya diperkenalkan dengan semua Pegawai dan Staf MAWILUD 2.

Turut dilaksanakan adalah bacaan doa daripada Pegawai Agama Markas bagi memohon keberkatan dan dipermudahkan segala urusan Panglima Wilayah Udara 2 dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab memimpin Markas tersebut dalam mendukung kecemerlangan operasi TUDM.

Seterusnya, PANGWILUD 2 telah diberi Taklimat Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Udara 2 di Bilik Mesyuarat MAWILUD 2.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer