SUBANG, 13 Ogos 22 - Eks Pacific Angel 22-2 (PA 22-2) telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Subang di antara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) bersama United States Pacific Airforce (US PACAF). Latihan ini melibatkan Konsep Field Training Exercise(FTX), Table Top Exercise(TTX) dan Subject Matter Expert Exchange(SMEE).
Latihan ini melibatkan beberapa SMEE yang berkaitan. Antaranya adalah melibatkan Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU) dan United States Air Force Security Force (USAF SF) yang merangkumi “Tactics, Techniques and Procedures” (TTP) bagi melaksanakan Operasi Keselamatan dan Pertahanan Pangkalan melalui Konsep Integrated Base Defence.
Objektif latihan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap pengoperasian dan pertukaran idea serta kemahiran secara profesional. Selain daripada itu juga, TUDM mampu menilai serta menambahbaik kesiagaan, pengetahuan, skil dan kompetensi dalam Operasi Keselamatan dan Pertahanan Pangkalan merangkumi keperluan kenderaan operasi, peralatan serta persenjataan yang bersesuaian dan mencukupi bagi pelaksanaan operasi berkenaan. Pendedahan dan perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman di antara HANDAU dan USAF SF menjadi antara salah satu platform terbaik untuk memperkasakan elemen pertahanan pangkalan secara umumnya.