PANGLIMA OPERASI UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)

1 2
3 4

 

SUBANG, 12 Ogos 22 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menerima kunjungan hormat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU).

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CAAM iaitu Datuk Kapten Chester Voon Chee Soon dan En Zainul Abidin bin Maslan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (operasi).

Turut serta dalam kunjungan tersebut adalah En Suresh a/l V.B Menon - Pengarah Bahagian Operasi Perkhidmatan Navigasi Udara, En Khairul A’amali bin Ismail – Pengarah Bahagian Latihan Perkhidmatan Navigasi Udara dan En Nasuruddin bin Zainol Abidin – Pengarah Bahagian Keselamatan Perkhidmatan Navigasi Udara.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara ATM/TUDM dan CAAM. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan hala tuju dan cabaran - cabaran semasa yang dihadapi di dalam pengurusan ruang udara negara.

Selain itu, pertemuan ini juga menyentuh kerjasama antara ATM/TUDM dan CAAM yang telah terjalin selama ini dan juga pada masa akan datang. Hal ini dapat memastikan bahawa keperluan latihan/operasi tentera dan awam dapat ditangani dengan penggunaan ruang udara optimum dan objektif dicapai dengan jayanya tanpa menjejaskan keselamatan penerbangan.