UPACARA BACAAN IKRAR ANTI RASUAH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN BAKAT UDARA PERINGKAT MTU-INSPEKTORAT

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 19 Mac 2025 - Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM, yang turut diiringi oleh Pengarah Inspektorat, Kol Mohamad Rosdzni bin Abdul Karim TUDM telah menyempurnakan Upacara Bacaan Ikrar Anti Rasuah dan Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan BAKAT Udara kepada anak istimewa peringkat MTU-Inspektorat.

Upacara ini bertujuan untuk menzahirkan komitmen serta integriti dalam kalangan warga tentera udara dalam membanteras rasuah. Acara ini juga mencerminkan usaha berterusan pihak Inspektorat dalam memupuk budaya ketelusan dan kesejahteraan dalam organisasi. Upacara bacaan ikrar telah disertai oleh semua warga Inspektorat sebagai tanda kesungguhan dalam menolak sebarang bentuk salah laku rasuah.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan BAKAT Udara terhadap kebajikan anggota, Inspektor Jeneral Tentera Udara mewakili Pengerusi BAKAT Markas Tentera Udara telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan BAKAT Udara kepada waris bagi anak-anak istimewa warga Inspektorat. Antara penerima sumbangan ialah seperti berikut:

1. Lt Kol Salle Iskandar bin Musa TUDM

2. Lt Kol Rozi binti Ismail TUDM

3. Mej Mohd Farid bin Abu Samah TUDM

4. PW U II Abdul Hafiz bin Mahamod

Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat kepada anak-anak istimewa untuk terus menjalani kehidupan dengan penuh kegigihan. Dengan terlaksananya majlis ini, diharapkan semangat integriti dan kebajikan terus diperkukuhkan dalam kalangan warga tentera udara, seiring dengan aspirasi kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer