![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 18 Mac 25 – Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Ceramah Nuzul Al-Quran Peringkat Pangkalan bertempat di Surau Al-Jahirah, Pangkalan Udara Kuching. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Mej Ahmad Fauzan bin Aziz, Pegawai Staf Agama 3 Briged. Turut hadir ke majlis adalah Komander Pangkalan, Kol Yusrizal bin Zain TUDM, barisan Pegawai Eksekutif Pangkalan dan semua warga pangkalan yang beragama Islam.
Antara intipati yang disampaikan dalam ceramah tersebut adalah kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran oleh Allah pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi SAW.
Pada pengakhiran ceramah, beliau menitipkan pesanan kepada para hadirin agar memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Namun Al-Quran bukan sekadar dibaca malah ia perlu difahami dengan cara mentadabbur supaya ianya memberikan kesan kepada pembacanya.