PERBARISAN AJUTAN PANGKALAN PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

6e977198 7d64 4489 95f6 56ac667bab2a 77a211f5 335e 4aa9 88c4 97c04767ee6b 42d7f385 b64d 495e b249 b5dbe74449f1
db4b63cf d6a8 4d3e b034 0e8316945b38 66fb5ee0 9dc5 44c2 b0b8 7f0fdc24ff30 e0d85949 f558 4cf3 97e6 47ad771eeeca

 

GONG KEDAK, 19 Mac 2025 - Perbarisan Ajutan Pangkalan, Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan di Padang Kawad Pangkalan yang melibatkan kekuatan empat (4) pegawai dan 145 orang anggota LLP. Perbarisan ini diketuai oleh Kapt Anwar bin Md Nor TUDM, daripada Cawangan Operasi sebagai Ketua Perbarisan dan Pegawai Waran Perbarisan adalah PW U II Khairul Azam bin Ibrahim yang juga daripada Cawangan Operasi.

Perbarisan ini merupakan perbarisan Ajutan Pangkalan pertama bagi tahun 2025 dan ianya adalah satu acara perjumpaan secara tradisi regimental untuk menzahirkan peringatan dan pemakluman perkara-perkara penting yang terkini secara terus kepada Pegawai berpangkat Kapt ke bawah dan Anggota LLP. Semasa ucapan, Ajutan Pangkalan iaitu Kapt Sharifah Shahirah Yusni binti Mohd Yusoff TUDM telah mengingatkan kepada semua peringkat pegawai dan anggota yang hadir mengenai kepentingan saling hormat menghormati antara satu sama lain agar tidak mengambil mudah regimental ketenteraan. Beliau juga menegaskan kepada setiap peringkat anggota agar sentiasa mematuhi Direktif PTU 5A dan 5B, iaitu Penyalahgunaan Racun Terkawal, Aktiviti Menghidu Gam dan Langkah-langkah Pencegahan Dadah Berbahaya yang boleh memberikan kesan kepada perkhidmatan anggota.

Di akhir ucapan, bersempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini, beliau menyeru semua anggota untuk mempertingkatkan amal ibadah dan meluangkan masa bersama ibu bapa dan keluarga.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer